Kelas Microsoft Excel Bahagian 2
21 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Excel Bahagian 2 pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang peserta. Peserta diajar membuat formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.
Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: